20 Jun 2021, 14:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bagi memudahkan pembayar cukai membuat bayaran cukai pendapatan secara dalam talian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memberikan kemudahan dengan meningkatkan had maksimum transaksi bayaran cukai pendapatan menerusi kaedah Financial Process Exchange (FPX) berkuat kuasa serta-merta.

Perubahan had transaksi bayaran

Had transaksi baharu ini terpakai untuk pembayaran cukai pendapatan menerusi medium ByrHASiL yang boleh diakses di portal rasmi LHDNM (www.hasil.gov.my) dan juga melalui perbankan Internet setiap bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM.

Meskipun demikian, transaksi ini masih tertakluk kepada had pengeluaran maksimum yang telah ditetapkan oleh pihak bank (buyer banks) kepada mereka.

Dalam hal ini, pembayar cukai disarankan untuk membuat rujukan dan mendapatkan kelulusan had transaksi yang dibenarkan daripada bank masing-masing terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran penggunaan had transaksi baharu ini.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berhubung dengan perkara ini, pelanggan boleh menyalurkannya melalui:
a) HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (luar negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang maklum balas di laman web LHDNM (Maklum Balas Pelanggan)

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.