14 Jun 2021, 07:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Setelah mengemas kini data golongan B40, kerajaan mengenal pasti bahawa masih ada rakyat yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), namun mereka belum didaftarkan di dalam pangkalan data.

Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.

Tempoh rayuan bagi permohonan BPR akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Menurut Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia dalam sidang media semalam, setakat ini, sejumlah RM4.6 billion bantuan BPR disalurkan kepada 8.4 juta penerima B40 di seluruh negara pada bulan Februari/Mac dan Mei 2021. Bayaran bagi Fasa 3 pula direkodkan sebanyak RM2.4 bilion dan akan disalurkan pada bulan September 2021.

Melalui Program PEMERKASA+ pada 31 Mei 2021 yang diumumkan oleh kerajaan, BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion dilaksanakan untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada. Pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.

Jadual 1 Kaedah permohonan rayuan BPR melalui dua kaedah.

Secara dalam talian

Melalui Portal Rasmi BPR LHDNM, bpr.hasil.gov.my

Penghantaran borang rayuan BPR 2021 secara manual

Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu sahaja (tertakluk kepada SOP semasa Kaunter Perkhidmatan Kerajaan)

Setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3)Pemohon rayuan boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi BPR (bpr.hasil.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Dalam kepekaan membantu menjamin kelangsungan hidup rakyat, kerajaan memperuntukkan hampir RM9.1 bilion (Rujuk Jadual 2). Walaupun ekonomi negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, kerajaan tetap kekal komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan ini sampai kepada rakyat bagi menjamin kesejahteraan, terutamanya golongan yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 buat masa ini.

Jadual 2 Ringkasan jumlah dan tarikh bayaran BPR bagi tahun 2021.

BPR 2021 Tarikh Bayaran Jumlah
Fasa 1 Feb/Mac 2021 RM1.9 bilion
Fasa 2 Mei 2021 RM2.7 bilion
Fasa Tambahan
– bagi penerima BPR sedia ada (PEMERKASA+)
Akhir Jun 2021 RM2.1 bilion
(tambahan)
Fasa Tambahan
– bagi perayu (tambahan) yang diluluskan (PEMERKASA+)
Ogos 2021
Fasa 3 Sep 2021 RM2.4 bilion
Jumlah keseluruhan RM9.1 bilion

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.