11 Jun 2021, 15:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Setelah mengambil kira kekangan yang dihadapi berikutan penutupan penuh bagi sektor sosial dan ekonomi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengumumkan tambahan masa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada pembayar cukai yang menjalankan perniagaan bagi tahun taksiran 2020 sehingga 31 Julai 2021.

Tambahan masa ini melibatkan kategori Individu, Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan/Berkepakaran), Individu Bukan Pemastautin, Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan), Perkongsian, Pertubuhan, Harta Pusaka dan Keluarga Sekutu Hindu.

Inisiatif ini diambil seiring dengan usaha kerajaan untuk meringankan beban pembayar cukai dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengemukakan BNCP ketika sekatan pergerakan penuh dilaksanakan untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Oleh hal yang demikian, pembayar cukai disarankan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL bagi tujuan pengemukaan BNCP.

Bagi kategori Syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad, Unit Amanah/Amanah Harta Tanah, Koperasi, Badan Amanah, Amanah Pelaburan Harta Tanah/Tabung Amanah Harta dan Amanah Perniagaan bagi Tahun Taksiran 2020 dan Tahun Taksiran 2021, tambahan masa masih dikekalkan seperti yang dinyatakan dalam Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2020 dan 2021.

Layari laman rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my :

Ketahui lanjut:

Rujuk Soalan Lazim (FAQ) berkaitan dengan Urusan Percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 atau hal-hal lain.

FAQ ini boleh dicapai melalui pautan berikut:
1. Versi Bahasa Melayu: faq_pkp3_1 (Versi Bahasa Melayu)
2. Versi Bahasa Inggeris: faq_pkp3_1 (Versi Bahasa Inggeris)

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh dicapai melalui:
a) HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang maklum balas di pautan: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.