17 Mei 2021, 17:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

PUTRAJAYA, 17 Mei 2021 – Menerusi bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) terbaharu, kerajaan sekali lagi menawarkan penebusan e-tunai dengan kenaikan daripada RM100 kepada RM150 di bawah program e-Belia bermula 1 Jun hingga 22 Julai ini.

Menurut Kementerian Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kira-kira dua juta belia warganegara layak menuntut inisiatif ini dan digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.

Inisiatif e-Belia ini boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai ini. Golongan belia yang layak ialah mereka yang berusia antara 18 tahun hingga 20 tahun, serta pelajar sepenuh masa peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang berdaftar.

Tuntutan e-Belia boleh dilakukan melalui empat saluran penyedia perkhidmatan e-tunai, iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go e-wallet, yang secara keseluruhannya mempunyai 30 juta pengguna aktif dan jaringan lebih daripada satu juta peniaga di dalam dan luar talian.

Setiap tuntutan kredit e-tunai dalam satu daripada penyedia perkhidmatan e-tunai ini akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk wang tunai yang dikembalikan (cashback), baucar dan mata terkumpul oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen,” katanya lagi dalam kenyataan pada hari ini.

Tambahan lagi, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia juga berkata program e-Belia dengan peruntukan RM300 juta di bawah program PEMERKASA diwujudkan bagi meringankan beban kewangan, malahan menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia IPT.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.