28 Apr 2021, 13:31
19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kini, rata-rata masyarakat hidup dalam kebiasaan baharu. Sedar atau tidak, sudah lebih setahun seantero dunia berdepan dengan pandemik COVID-19. Wabak ini bukan sahaja merubah pola dan kehidupan sosial masyarakat, malah turut memberikan perubahan besar kepada landskap ekonomi negara.

Kebanyakan syarikat gergasi masih mampu berdiri meneruskan operasi dek keutuhan sumber kewangan. Namun begitu, berbeza dengan peniaga dan usahawan kecil dan sederhana. Pelbagai kaedah dan strategi dilakukan, tetapi masih berdepan dengan penurunan prestasi perniagaan disebabkan oleh kelembapan pasaran semasa.

Namanzee Harris Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah.

Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkata, cakna dengan keperluan dan perit jerih usahawan tempatan, TV AlHijrah meneruskan tradisi memberikan bantuan untuk membangunkan semula ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana mendepani masa sukar disebabkan oleh COVID-19.

Pelancaran Bincang Niaga Siri 1 yang bermula pada hari ini dengan temanya, “Bangkit Bersama” merupakan satu usaha yang cukup jelas objektif dan hasratnya untuk memberikan peluang kepada usahawan baharu mahupun yang pernah beriklan dengan kami untuk memperkemas strategi pemasaran, di samping melonjakkan lagi perniagaan menerusi iklan televisyen dengan harga yang cukup berbaloi.

Bincang Niaga Siri 1, bertemakan “Bangkit Bersama”.

“Keutamaan diberikan kepada usahawan yang berhasrat untuk mempromosi perniagaan mereka secara gerila bermula Mei hingga Julai tahun ini memandangkan sambutan Aidilfitri dan Aidiladha akan disambut sekitar tiga bulan ini.

Menurut Namanzee, lapan pakej pengiklanan mampu milik akan ditawarkan buat usahawan yang berminat bermula dari serendah RM3400 sahaja. Kesemua pakej ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri, iaitu usahawan boleh memilih slot rancangan berbeza mengikut kemampuan dan kehendak mereka.

Antara slot rancangan bual biacara yang menjadi pilihan ialah Bual Bicara Pagi Assalamualaikum, Berita Alhijrah, rancangan Bazaar Jom! dan banyak lagi pilihan menarik lain.

“Jika pada tahun lalu, hampir lebih daripada 5000 usahawan IKS dibantu, maka pada tahun ini kami mensasarkan lebih banyak usahawan dapat dibantu menerusi kempen Bincang Niaga ini. Saya menyeru dan menggesa semua peniaga IKS untuk sama-sama mendaftar pada 28 April ini agar layak menyertai sesi Bincang Niaga Bangkit Bersama”, katanya.

Usahawan yang berminat bolehlah merebut peluang ini dengan membuat pendaftaran di pautan https://www.tvalhijrah.com/bincangniaga/ atau layari laman sesawang TV AlHijrah di www.tvalhijrah.com untuk maklumat lanjut.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi