31 Mac 2021, 21:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

PUTRAJAYA, 31 Mac 2021 – Demi memastikan kelangsungan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga dan terpelihara, kerajaan akan sentiasa cakna terhadap pemantauan kesan perubahan harga minyak mentah dunia dari semasa ke semasa.

Terkini: Setakat 1 April 2021 hingga 7 April 2021.
Setakat 25 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021.

Dalam kenyataan pada hari ini, perubahan hanya dilakukan pada harga petrol RON97, iaitu meningkatkan sebanyak 2 sen seliter. Walau bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal, iaitu RM2.05 dan RM2.15 seliter, masing-masing.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 April 2021 hingga 7 April 2021 dilaksanakan berdasarkan penetapan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) secara mingguan.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi